Posts

RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK KUNING

 assalamualaikum. Siput sedut ni sedap kalau makan sikit. Ketagih. tapi kalau nak puas hati kena masak sendiri. Siput sedut ni kalau dapat yang masih berlumpur lagi segar dari yang dah di bersihkan. Taburkan hampas kelapa dalam siput supaya deme semua tu makan dan keluarkan lumpur2 tu dari perut deme. Basuh la bersih2 supaya tak sakit perut ye. Bahan-bahan; 1kg siput sedut 1 kotak santan (kecik) 5 ulas bawang putih 2 ulas bawang besar 1 inci halia 2 batang serai (1 kisar, 1 ketuk) kunyit hidup asam keping 4 biji cili besar / cili api (ikut kepedasan masing2) 1 helai daun kunyit garam, gula dan serbuk perasa. Cara-cara; 1. kisar bahan kasar 2. masukkan bahan kisar dalam periuk, masak kejap dan masukkan santan dan air sikit 3. Pastikan kacau selalu, takut pecah santan tak sedap jadinya. masukkan siput yang dah di bersihkan tu. 4. masukkan daun kunyit, serai ketuk,asam keping dan semua bahan perasa. Masak sampai mendidih sambil rasa2 sesuai dengan kesedapan anda. Mai semangkuk!

RESEPI CEMPEDAK GORENG

Assalamualaikum.. Saya suka nak share resepi yang memang saya buat. Bila kita dah baca dan buat lagi best nak share. Ilmu tu kan Allah punya. Bahan-bahan; 1 biji cempedak pilih kulit nipis, bau kuat, duri tumpul (bintik2 tajam pada kulit) dan bila ditekan lembek. Ni cara pilih cempedak terbaik. Insyaallah. Adunan; 1/2 tepung gandum 1/2 cawan tepung beras 1 sudu teh rata serbuk kunyit 2 sudu teh mauripan 1/2 cawan tepung jagung 1/2 cawan tepung goreng pisang Adabi (optional) garam, gula secukup rasa dan air suam Cara-cara masukkan bahan-bahan kering dalam bekas besar kacau rata dan masukkan air sedikit2 sambil kacau hingga adunan tak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. perap sekejap;tutup dengan kain tuala lembap dalam setengah jam atau adunan naik sekali ganda. masukkan cempedak dalam minyak yang banyak dan panas.

Ulaman Nasi Kerabu

 Assalamualaikum.. Sekarang ni ramai dah pernah rasa nasi kerabu kan. Macam-macam versi ada.  Kalau nak dapat yang original nasi kerabu memang tak tau la siapa masih amalkan sebab banyak faktor mempengaruhinya. Maksud saya, nasi kerabu warna biru sebenarnya bukan la nasi kerabu Kelantan. Nasi kerabu Kelantan adalah warna kuning arau warna putih (nasi biasa). Ulam-ulam pun dah ramai tukar tambah.  Kalau dapat ulam-ulam ni, baru rasa ori sikit..antaranya; 1. Daun Kesum 2. Daun Selum 3. Bunga kantan 4. Serai muda 5. Kacang botor 6. Bawang merah kecik 7. Kubis muda 8. Kacang panjang 9. Taugee kering. ...dan nasi kerabu Kelantan ada sambal tumis tau!

Hatyai

Image
Makanan Thai di Hatyai   Hatyai ni terletak di selatan Negara Thailand sempadan dengan Kedah. Majoriti rakyat adalah beragama Budha dan Islam ada minoriti di sini. Di sini jadi tumpuan rakyat Malaysia kerana keunikan presentation makanan mereka menarik di pandang sedap di makan dan murah harganya,. Pertukaran mata wang pun tiada beza RM12 - Bath 100 (ketika kami ke sana) Banyak tempat makan dan suasana pun tak jauh beza dengan Malaysia cuma waktu mereka sejam lewat dari kita. Jam 9.00 di Malaysia = Jam 8.00 di sana. Masa ni viral makanan dan minuman  di 7 eleven Hatyai. Dah la murah, nampak sedap je. Yang paling famous masa ni ialah air susu pisang Meiji. Oo tapi saya suka kopi atau pun cokelat Meiji. Berulang la kami ke 7 Eleven sebab nak cari barang viral ni la. akhirnya dapat juga. Masa ni mmg top sale la Meiji ni. air Meiji di 7 Eleven   kami tengok je udang ngan ayam besar tu tapi tak berani nak beli sebab risau kan. yang lain2 kami try makan jugak la. Ubi keledek goreng, aiskrim

Apa yang best..

Image
Hatyai - Part 2 Selesai urusan masuk di sempadan, bas akan bawa ke stesen bas Hatyai. Kat lorong2 je depan kedai/syarikat yang uruskan tiket bas mereka. So nanti balik, kami kena tunggu di kedai ni juga. Sebab tak makan semalam, kami lapar gila. nak cari kedai makan ke nak balik bilik. Tikah cakap dia dah survey tempat makan yang viral kat Malaysia. Dia nak makan pankek. Episod baru bermula bila nak cari kedai makan. Ada nampak orang Malaysia berkerumun dengan satu kedai ni tapi kami tak masuk pun sebab nak pergi kedai viral. Pusing2 kat situ juga. Last2 dah lapar kami masuk ada satu kedai ni nama yang serupa dengan kedai viral tu tapi macam pelik sebab tak ramai orang. Masuk je la kan. Dah lapar. Order pankek. Tapi orang kedai ni tak tau pun makanan tu.Cakap Melayu pun gagap2. Pelik juga sebab kat IG tunjuk ramai orang Malaysia offcourse pekeedai dah biasa dengan Bahasa Melayu.. emm tapi  sebab dah lapar kami order makanan lain.  Ada la 2-3 orang yang masuk kedai ni bila nampak kami m

Macam mana nak ke....

Saya suka melancong. Selain dari kenal adat dan budaya di satu tempat yang kita lawati kita juga akan lalui satu fasa kejadian yang mungkin tak masuk akal. Semua ni kita panggil pengalaman..  Tiada sesiapa pun yang jualbeli pengalaman ni. Semua kita lalui tanpa sedar. Tamat melancong dan bila kita akan imbas balik kejadian-kejadian tersebut. pahit ke manis ke.. Itu boleh di panggil pengalaman dan kenangan.     Hatyai Perancangan nak ke Hatyai bukan la di atur untuk jadi teratur.  Ia bermula cakap-cakap masa di kedai makan. sebab rasa makanan Thai di Malaysia ni mengikut tekak dan selera masyarakat di sini. kami nak la rasa yang pure  punya. Bersemangat saya dan lima rakan rapat nak pergi Hatyai untuk rasa makanan Thai yang sebenar.. mengikut bajet masing-masing.  Kami dah ada pasport. Cuti dah mohon. Kerja beli tiket bas serahkan pada Azi. Naik di TBS kerana semua bas berpusat di sini.  Masa perjalanan jam 10.00 malam. Hari kejadian, Yat dah gerak awal ke TBS dari rumah dia. Senang n
Image
Assalamualaikum. Lama dah tak mengarang secara maya. Harap saya ada masa untuk terus memberi.