Macam mana nak ke....
Saya suka melancong. Selain dari kenal adat dan budaya di satu tempat yang kita lawati kita juga akan lalui satu fasa kejadian yang mungkin tak masuk akal. Semua ni kita panggil pengalaman..
Tiada sesiapa pun yang jualbeli pengalaman ni.
Semua
kita lalui tanpa sedar. Tamat melancong dan bila kita akan imbas balik
kejadian-kejadian tersebut. pahit ke manis ke..
Itu boleh di panggil pengalaman dan kenangan.
Hatyai
Perancangan nak ke Hatyai bukan la di atur untuk jadi teratur.
Ia bermula cakap-cakap masa di kedai makan. sebab rasa makanan Thai di Malaysia ni mengikut tekak dan selera masyarakat di sini. kami nak la rasa yang pure punya. Bersemangat saya dan lima rakan rapat nak pergi Hatyai untuk rasa makanan Thai yang sebenar.. mengikut bajet masing-masing.
Kami dah ada pasport. Cuti dah mohon.
Kerja beli tiket bas serahkan pada Azi. Naik di TBS kerana semua bas berpusat di sini.
Masa perjalanan jam 10.00 malam.
Hari kejadian, Yat dah gerak awal ke TBS dari rumah dia. Senang nak Maghrib di sana je nanti.
Saya dan Azi pulak nak gerak lepas waktu Maghrib. Booked grabcar untuk ambil dan hantar ke TBS. Mungkin sempat makan malam kat TBS nanti sebelum jam 10. Cuma kami bawa jajan untuk kunyah2 dalam bas je.
Tujuan utama ke Hatyai ialah makan dan makan kan kenapa perlu bawa makanan dari sini..
Saya jangkakan tiada masalah tapi memang silap besar la. Perjalanan ke TBS yang sebelum ni dalam 15 minit ambil masa yang lama sebab jalan sesak dan waktu tu peak hour - orang balik dari kerja. Kat Stadium Bukit Jalil, sedang berlansung Majlis Penutupan Sukan Sea masa ni Malaysia jadi tuan rumah. satu sebab lagi kenapa jalan menjadi lebih sesak.
Azi call Tikah dan Kilah,".. kat mana dah korang"
Manja-manja dorang jawab baru nak mandi. Terkejut la Azi sebab kalau dorg berdua ni mandi bukan sejam dua tapi lama - sangat lama!
Azi bgtau tiket jam 10 malam. Kami pun dalam jammed lagi, tak tau la korang mcm mana..
Tikah cakap Azi tipu sebab biasa bas jam 12 malam. Ye sebelum ni mereka pernah ke Krabi naik bas jam 12 malam tapi kali ni tiket bas kami ambil jam 10 malam.
Tapi Kilah cakap tunjuk bukti dulu. Azi dah tunjuk bukti tapi Kilah cakap Azi ambil dari google..aduii la
Dorang masih tak percaya nak saya juga yang bagitau sebab dorg cakap Azi suka bergurau.
Dah la abam driver ni slow. Dia bawa main-main je, kereta ngan bas potong kami, dia boleh relaks2 biawak je plak bila kami dah bagitau kami kena ada sebelum jam 10 di TBS
Kelam kabut la Kilah dan Tikah bersiap bila saya bgtau tiket bas jam 10 malam - yang hanya tinggal dalam 30 ke 40 minit je lagi.
Yat pulak dah berapa kali call dan wasap. tanya kehadiran kami.
Sampai di tempat menunggu, Yat dah nampak saya ngan Azi tapi Kilah dan Tikah masih tak nampak bayang.
Pengumuman bas ke Hatyai akan tiba buat kitorg lagi cuak.
Azi cuba tanya waktu sebenar bas akan bertolak. Sebab kawan yang lain belum sampai. Mujur jalan jammed, mungkin bas akan sampai lewat dari jadual.
Dah sujud syukur kat situ. Tapi tiba2 bas dah muncul jam 11 malam.
Kilah dan Tikah masih jauh lagi sebab tunggu Khalid sampai dari Puchong. Jammed!
Astaga budak2 ni. Nak pengsan saya kat situ.
Dah naik bas jadi makin resah. tapi mujur bas akan pickup penumpang di Stesen Bas Jalan Duta. Kami bagitau Kilah untuk naik di sana je nanti.
Kami dok bincang kalau mereka tak sampai juga di Jalan Duta, kita semua tak yah pergi Hatyai. Yat bantah sebab dah bayar semua dan ambil cuti. Lagipun ni first time dia nak ke sana.
Ataupun Azi tunggu mereka dan pergi dengan kereta, saya dan Yat pergi dengan bas je. ataupun tak payah pergi masa tu pergi next time je.Takkan kami nak nak pergi asing2 atau tinggal member plak.
Di Jalan Duta, semua penumpang kena isi borang masuk ke Thailand untuk tujuan Imigresen. Jadi ambil masa juga dan kelebihan masa untuk tunggu dorg bertiga sampai.
Saat mendebarkan bila pemandu bas kata dah boleh bertolak, mana yang tak ada kira kosong la.
Azi cuba minta masa lagi tapi pemandu kata dah lari waktu perjalanan asal. Tak nak masuk lewat kat sempadan nanti untuk urusan imigresen.
Kami terpaksa relakan la juga. Keputusan: Mereka bertiga akan jumpa kami di sempadan je.
Tayar bas dah bergolek tiba-tiba nampak kelibat mereka bertiga ala-ala cerita tv yang omputeh pergi buat task sambil bawa beg berlari-lari ke arah kami. cepat2 minta pemandu berhenti dan biarkan mereka naik.
aduyaii..boleh gugur jantung mak!
Dorang bertiga duduk diam je kat belakang kami. takut kena marah la tu..
hahahahaha.
Tiba-tiba dengar suara minta makanan - lapar la..!
tak de angin tak de ribut kami semua gelak. aduii nasib la sempat. rasa nak sekeh je dorang ni.
Tidur dalam senyuman la semua kami - Hatyai, mu tunggu kami sampai!!
Comments
Post a Comment