Posts

Showing posts from August, 2022

Hatyai

Image
Makanan Thai di Hatyai   Hatyai ni terletak di selatan Negara Thailand sempadan dengan Kedah. Majoriti rakyat adalah beragama Budha dan Islam ada minoriti di sini. Di sini jadi tumpuan rakyat Malaysia kerana keunikan presentation makanan mereka menarik di pandang sedap di makan dan murah harganya,. Pertukaran mata wang pun tiada beza RM12 - Bath 100 (ketika kami ke sana) Banyak tempat makan dan suasana pun tak jauh beza dengan Malaysia cuma waktu mereka sejam lewat dari kita. Jam 9.00 di Malaysia = Jam 8.00 di sana. Masa ni viral makanan dan minuman  di 7 eleven Hatyai. Dah la murah, nampak sedap je. Yang paling famous masa ni ialah air susu pisang Meiji. Oo tapi saya suka kopi atau pun cokelat Meiji. Berulang la kami ke 7 Eleven sebab nak cari barang viral ni la. akhirnya dapat juga. Masa ni mmg top sale la Meiji ni. air Meiji di 7 Eleven   kami tengok je udang ngan ayam besar tu tapi tak berani nak beli sebab risau kan. yang lain2 kami try makan jugak la. Ubi keledek g...

Apa yang best..

Image
Hatyai - Part 2 Selesai urusan masuk di sempadan, bas akan bawa ke stesen bas Hatyai. Kat lorong2 je depan kedai/syarikat yang uruskan tiket bas mereka. So nanti balik, kami kena tunggu di kedai ni juga. Sebab tak makan semalam, kami lapar gila. nak cari kedai makan ke nak balik bilik. Tikah cakap dia dah survey tempat makan yang viral kat Malaysia. Dia nak makan pankek. Episod baru bermula bila nak cari kedai makan. Ada nampak orang Malaysia berkerumun dengan satu kedai ni tapi kami tak masuk pun sebab nak pergi kedai viral. Pusing2 kat situ juga. Last2 dah lapar kami masuk ada satu kedai ni nama yang serupa dengan kedai viral tu tapi macam pelik sebab tak ramai orang. Masuk je la kan. Dah lapar. Order pankek. Tapi orang kedai ni tak tau pun makanan tu.Cakap Melayu pun gagap2. Pelik juga sebab kat IG tunjuk ramai orang Malaysia offcourse pekeedai dah biasa dengan Bahasa Melayu.. emm tapi  sebab dah lapar kami order makanan lain.  Ada la 2-3 orang yang masuk kedai ni bila namp...

Macam mana nak ke....

Saya suka melancong. Selain dari kenal adat dan budaya di satu tempat yang kita lawati kita juga akan lalui satu fasa kejadian yang mungkin tak masuk akal. Semua ni kita panggil pengalaman..  Tiada sesiapa pun yang jualbeli pengalaman ni. Semua kita lalui tanpa sedar. Tamat melancong dan bila kita akan imbas balik kejadian-kejadian tersebut. pahit ke manis ke.. Itu boleh di panggil pengalaman dan kenangan.     Hatyai Perancangan nak ke Hatyai bukan la di atur untuk jadi teratur.  Ia bermula cakap-cakap masa di kedai makan. sebab rasa makanan Thai di Malaysia ni mengikut tekak dan selera masyarakat di sini. kami nak la rasa yang pure  punya. Bersemangat saya dan lima rakan rapat nak pergi Hatyai untuk rasa makanan Thai yang sebenar.. mengikut bajet masing-masing.  Kami dah ada pasport. Cuti dah mohon. Kerja beli tiket bas serahkan pada Azi. Naik di TBS kerana semua bas berpusat di sini.  Masa perjalanan jam 10.00 malam. Hari kejadian, Yat dah gerak aw...
Image
Assalamualaikum. Lama dah tak mengarang secara maya. Harap saya ada masa untuk terus memberi.