Apa yang best..

Hatyai - Part 2

Selesai urusan masuk di sempadan, bas akan bawa ke stesen bas Hatyai.

Kat lorong2 je depan kedai/syarikat yang uruskan tiket bas mereka. So nanti balik, kami kena tunggu di kedai ni juga.

Sebab tak makan semalam, kami lapar gila. nak cari kedai makan ke nak balik bilik.

Tikah cakap dia dah survey tempat makan yang viral kat Malaysia. Dia nak makan pankek.

Episod baru bermula bila nak cari kedai makan. Ada nampak orang Malaysia berkerumun dengan satu kedai ni tapi kami tak masuk pun sebab nak pergi kedai viral. Pusing2 kat situ juga. Last2 dah lapar kami masuk ada satu kedai ni nama yang serupa dengan kedai viral tu tapi macam pelik sebab tak ramai orang.

Masuk je la kan. Dah lapar.

Order pankek. Tapi orang kedai ni tak tau pun makanan tu.Cakap Melayu pun gagap2. Pelik juga sebab kat IG tunjuk ramai orang Malaysia offcourse pekeedai dah biasa dengan Bahasa Melayu.. emm tapi  sebab dah lapar kami order makanan lain. 

Ada la 2-3 orang yang masuk kedai ni bila nampak kami makan. Sebab Hatyai ni kan tempat asing, makanan Halal kita tak dapat nak pastikan kecuali nampak orang tu pakai tudung.

Pelik juga bila kami minta lagi pankek. Dia kata tak pernah ada makanan tu. So dia tanya pankek tu mcm mana rasanya. Kami cakap tak tau sebab tu la kami datang nak makan.

Tuan kedai usaha juga nak buat. Jadi la macam roti telur dan  tabur gula sikit atasnya.

Saya cakap la kalau macam ni kat Malaysia pun boleh buat.

roti telur dan gula

 Sebab kan awal lagi kami jalan-jalan dulu. Kot jumpa makanan lain kan.

kami nak makan dimsum pulak kat Chanburi. So kena cari tuktuk - kereta sewa/beca/ van untuk ke sana.

Jumpa la sorang pakcik ni tapi kami dah macam ayam ngan itik bahasa nak sama bila guna isyarat tangan je. Dia cakap Thai kami cakap Melayu. Kami tunjuk gambar dimsum dan bgtau nama tempat Chanburi. 

Sampai sana je, makanan satu pun tak de. Rakyat Malaysia je semua yang ada kat situ emm penangan viral punya hal kan.

Kami patah balik ke tuktuk. Tak jadi makan dan nak ke rumah inap je. Tapi pakcik ni baik hati dia bgtau nak bawa tempat lain. Kedai kawan dia hahahha.. ok yela tu.

Dia bawa kami kedai dimsum juga tapi lansung tak de orang. Sebenarnya masih awal pagi - mereka pun baru je buka kedai dah kena serbu dengan rakyat Malaysia...

 

bekas dimsum di jemur dulu lepas dah basuh

 
Alhamdulillah. Kami sampai kedai yang best. walaupun muka pekerja macam pelik je tengok kami, lantakla kan asalkan kedai orang islam dan dimsum!

Satu bekas RM1.50 - RM2.00 perghhhh.. rambang mata nak pilih tapi sebab kenyang lagi dan nak rasa kami ambik juga 9-10 bekas.

Tiptop meletup kebaboom rasa dia.

 

Masa nak balik, kami nak cari tuktuk rupanya pakcik tu tunggu je kami kat luar. Tuan kedai ni plak tetiba friendly - boleh cakap Melayu rupanya.

Kami cakap nak g umah inap. dan dia bgtau pakcik tuktuk kat mana.

pastu tuan kedai tanya la nak pergi mana lagi. kami main sebut la nak g samila beach bla bla bla..

Dia jadi translater antara kami dengan pak tuktuk.

Dia tunjuk gambar yang di cat di tuktuk tu, kami pilih je nak ke mana.

Yang best pak tuktuk ni bgtau sini dan sini kena pergi waktu bila. sebab jauh kan.

dah arrange nak pergi mana - kami dengan senang hati naik dan terus ke rumah inap.

Comments

Popular posts from this blog

Hatyai